Friday, February 8, 2013

Kronisme


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum wbt

     Menurut kamus dewan,kroni bermaksud kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negatif atau yang melibatkan kepentingan peribadi)”Kronisme pula memberi maksud “amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya”. Kroni juga dikenali dalam masyarakat kita sebagai cable

     Kebiasaannya, cable digunakan oleh segelintir manusia untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Isu di Malaysia yang kebiasaannya kita dengar berkaitan dengan cable adalah untuk mendapatkan pekerjaan, mudah mendapatkan tender bagi usahawan, mudah mendapat tempat pilihan bekerja bagi pekerja awam, dan sebagainya. Atau dalam erti kata lain, kita mudah mendapatkan sesuatu apabila kita mengenali orang-orang yang berkaitan. Kita meminta bantuan daripada orang-orang tersebut bagi mendapatkan apa yang kita inginkan. 

      Kita sangat memerlukan cable untuk mencapai impian di dunia dengan mudah. Begitu juga dengan mengecapi impian seluruh umat Islam di dunia iaitu syurga. Kita juga boleh menggunakan cable untuk memudahkan perjalanan kita ke syurga. Bagaimana? Siapa cable kita?. Sebenarnya untuk ke syurga kita juga boleh menggunakan cable iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam erti kata lain, syafaat Rasulullah adalah cable kita untuk memudahkan kita ke syurga. Setuju atau tidak?


"Marilah kita memperbanyakkan selawat
 ke atas Nabi Muhammad s.a.w agar kita
 dapat memperoleh syafaat baginda pada hari kiamat nanti"





No comments:

Post a Comment