Friday, September 11, 2009

PENANGAN BONSAI


Bonsai!bonsai!bonsai!!!Bagi aku bonsai ni ibarat seperti kita mempunyai kuasa luar biasa iaitu kita dapat mengecilkan pokok-pokok yang besar. Aku
sebenarnya minat bonsai nie cuma aku takde bakat jer. Bukan semua orang yang boleh "gulung" pokok bonsai nie. Ingat senang!! Kemahiran pengetahuan terhadap bonsai ini memerlukan masa yang panjang,sehingga kadangkala peminatnya perlu menjelajah hampir keseluruh pelosok dunia semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik membentuk dan hal-hal yang berkaitan dengan pkok ni. Sehingga boleh dikatakan ia boleh menjadi sebahagian
daripada kehidupan para peminatnya.

Daripada tumbuhan yang kecil dan renek,

ia dibentuk dengan penuh seni untuk mendapat bonsai yang memuaskan. China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia.


Waktu cuti-cuti aku selalu pergi kat umah abang saudara aku. Dia nie memang otai bonsai lar..keliling rumah dia penuh pokok bonsai dah macam nursery..hehe.. kadang-kadang sampai ke malam dia "gulung' bonsai..aku tengok dia dah cam orang gila...gila bonsai lar katakan.

Ada manusia yang lagi gila dek kena penangan bonsai ni.Bayangkan lah aku pernah terbaca kat surat khabar seorang guru lelaki yang berumur 49 tahun ditangkap sebab nak curi bonsai... haha...sampai cam nie sekali penangan bonsai. Akhir sekali aku nak cakap keunikan bonsai membuatkan harganya begitu tinggi. Namun harga yang tinggi tersebut adalah untuk menghargai nilai seni yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.

Wednesday, August 5, 2009

Bidang Pengajian Sosial.

Pengajian Kajian Sosial merupakan salah satu daripada bidang pengajian yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah.Bidang pengajian ini memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian mulia para pelajar di mana bidang ini banyak menekankan aspek-aspek tingkah laku manusia dan aspek-aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam sesuatu kelompok masyarakat.Bidang ini adalah salah satu daripada bidang pengetahuan yang penting pada masa sekarang.

Selain itu, Pengajian Kajian Sosial juga menyatukan sains sosial dan kemanusian sebagai bidang pengajaran dalam pembentukkan sivik.Bahkan melalui bidang pengajian ini, ianya dapat membantu anak-anak muda dalam menggunakan kebolehan yang ada untuk membuat sesuatu keputusan dengan rasionalnya agar keputusan yang di buat dan di ambil itu tidak mendatangkan sebarang kesan buruk pada diri mereka.

Secara asasnya, bidang Pengajian Kajian sosial ini banyak mendedahkan kepada para pelajar betapa pentingnya bidang ini pada kehidupan mereka seharian.Ianya membantu dalam mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai-nalai murni pada diri seseorang individu.Bahkan bidang Pengajian Kajian Sosial ini menerapkan konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani justeru ianya membawa kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nailai murni yang dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.

Antara matlamat penting yang ditekankan dalam Bidang Pengajian Kajian Sosial ini adalah menerap dan memupuk sivik melaui pengetahuan, kemahiran dan sikap yang harus terdapat pada seseorang pelajar selaras dengan negara kita yang berdemokratik.Jelaslah bahawa nilai amalan sivik perlu diserapkan bagi melahirkan seseorang individu yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai-nilai murni yang mampu membimbing ke arah kecemerlangan diri.Matlamat seterusnya adalah menyatakan tiga elemen utama dalam bidang pengajian ini iaitu antara pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Oleh kerana pengetahuan sains sosial mempunyai maksud yang terlalu luas, ia terpaksa dibahagikan kepada beberapa bidang yang berlainan dengan memberikan pengkhususan yang tertentu iaitu sains politik, ekonomi, sejarah, geografi, komunikasi, sosiologi, psikologi, antropologi, agama dan undang – undang. Sosiologi merupakan kajian berkenaan dengan interaksi dan perhubungan manusia dan organisasi sosialnya. Ia menumpukan perhatian kepada kehidupan sosial, sebab – sebab sosial sesuatu perkara itu berlaku dan kesan – kesan daripada kelakuan tingkahlaku manusia. Daripada kajian – kajian tersebut, ramalan boleh dibuat atas tingkah laku manusia dalam beberapa situasi sosial.

Psikologi bermaksud mengkaji minda dan personaliti seseorang individu. Ia juga mengkaji tingkah laku seseorang dan bagaimana tingkah laku ini dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain. Ia juga dibahagikan kepada beberapa bidang yang khusus seperti psikologi sosial, kaunseling, psikologi industri dan organisasi psikologi kanak – kanak. Antara contoh kajiannya ialah terhadap emosi, ingatan, persepsi, perkembangan dan kematangan seseorang dan motivasi kerja yang telah dilakukan kepada seseorang individu.

Antropologi ialah kajian berkenaan dengan perhubungan di antara ciri – ciri biologi dan ciri – ciri sosial yang diperoleh oleh manusia. Ia boleh dibahagikan kepada antropologi fizikal dan budaya. Antropologi fizikal mengkaji pengaruh evolusi alam sekitar terhadap ciri – ciri fizikal manusia. Manakala antropologi budaya pula mengkaji cara – cara masyarakat dan kebudayaannya berkembang.

Sains politik merujuk kepada sistem kerajaan, polisi dan ideologi yang diamalkan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat. Ia juga mengkaji pengaruh dan kepentingan politik di dalam kehidupan dan kegiatan masyarakat umum. Antara bidangnya ialah seperti organisasi kerajaan dan sistem politik, politik antarabangsa, dasar awam, hubungan antarabangsa dan falsafah dan teori politik.

Ekonomi merujuk kepada penggunaan dan pengagihan sumber – sumber dalam masyarakat dan dunia. Ia juga merujuk kepada pengeluaran barang – barang untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat. Di antara bidang dalam ekonomi ialah ekonomi gunaan, ekonomi buruh, ekonomi kewangan, institusi dan kewangan antarabangsa, pembiayaan antarabangsa dan ekonomi pengurusan.

Sejarah menumpukan perhatian kepada peristiwa lampau yang telah berlaku. Ia cuba memeriksa sama ada benar dan tidaknya sesuatu peristiwa – peristiwa lampau yang dikatakan telah berlaku dan mengaitkannya dengan masa kini supaya dapat memberi satu gambaran yang jelas berkenaan dengan perkembangan sesuatu masyarakat dan tempat dari masa lampau sehingga kini.

Geografi, Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semulajadi tempat tinggalnya. Geografi bertujuan mengkaji aspek – aspek alam semulajadi dan bagaimana kehidupan manusia dibentuk olehnya. Ia juga mengkaji bagaimana alam semulajadi mempengaruhi perkembangan sosial dan kebudayaan masyarakat. Sebagai contoh tumpuannya ialah terhadap iklim, ekologi, demografi dan corak – corak migrafi penduduk.

Komunikasi ialah proses di mana mesej dihantar dari sesuatu punca kepada penerima. Ia merujuk kepada bagaimana sesuatu idea, maklumat, berita, nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dikongsi dengan orang lain. Komunikasi telah dibahagikan kepada beberapa bidang seperti komunikasi organisasi, komunikasi antarabangsa, perfileman, pengiklanan, telekomunikasi dan kewartawanan.

Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau masyarakat. Ia juga adalah satu perhubungan di antara manusia dan kuasa yang tertinggi yang menjadi kepercayaan oleh sesuatu masyarakat tersebut. Perhubungan ini dapat dijalin melalui ajaran – ajaran yang dipercayainya dan upacara yang dilakukannya. Terdapat beberapa agama utama dalam dunia ini antaranya ialah Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Animese dan lain – lain kepercayaan lagi.

Definisi Politik

Perspektif Barat Terhadap Politik

Istilah politik berasal daripada istilah Yunani ‘polis’ yang membawa maksud negara kota. Aristotle merupakan orang yang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dunia ilmu menerusi bukunya ‘Politics’ yang ditulis lebih kurang pada tahun 300 S.M. Justeru itu, kepada Aristotle tugas tugas ilmu politik ialah untuk menilai dan memeriksa ‘polis’ ataupun negara kota. Lantaran itu adalah wajar jika dikatakan politik adalah berhubung dengan kehidupan di dalam negara kota. Di dalam konteks hari ini negara kota dapatlah diumpamakan sepertimana kedudukan sebuah negara moden.

Ramai sarjana politik mentakrifkan politik dari sudut perkaitannya dengan negara berdasarkan kepada premis Aristotle. Contohnya, Raphael, D,D, menyebut bahawa “apa sahaja mengenai negara adalah politik”. Manakala Karl W. Deutsch (1974) menyebut bahawa disebabkan politik adalah berhubung dengan aspek penentuan keputusan mengenai tatacara-tatacara awam, maka ianya adalah berkaitan terutamanya denga kerajaan. Sementara Harold D. Lasswell, A Kaplan, W.A. Robson, dan Niccolo Machiavelli pula menyifatkan politik sebagai kuasa ( Sumber : Mustafa Ishak, Afifi Abdul Razak (2006), Politik dan Pemerintahan Negara: Thomson Learning) .

Perspektif Islam Terhadap Politik. Politik adalah 'ilmu pemerintahan atau 'ilmu siyasah, iaitu 'ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam ( Zainal Abidin Ahmad, 1977). Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. ( Sumber : Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah )

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa:

"Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"

Menurut seorang sarjana dan ulama terkemuka Islam, Abdul Hamid Muhammad al- Ghazali(Imam Ghazali) mengatakan politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka didunia dan akhirat ( Sumber : Mustafa Ishak, Afifi Abdul Razak 2006).

Sejarah Politik

Genesis Biologi Politik

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi bandar

V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

  1. Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy))
  2. Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
  3. Percukaian
  4. Penulisan

Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.

Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Penulisan Politik

Strategi dan Falsafah

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao."Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ). Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.


Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan],
kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini. Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-orang Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta ( Sumber : Ramanathan 1988)

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masaalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah (Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/politik ).

Budaya - Perayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Sejarah silam Malaysia yang menarik, sebagai tempat persinggahan dalam laluan perdagangan rempah ratusan tahun dahulu, telah menjadikannya sebuah pusat gabungan pelbagai budaya. Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta yang unik dan tersendiri.

Salah satu bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui nilai dan norma yang merangkumi perkara seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, ‘folk-ways & ‘mores’, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun.

Budaya masyarakat Malaysia boleh dilihat melalui perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum-kaum tertentu. Misalnya orang Melayu yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, orang Cina menyambut Tahun Baru Cina dan orang India menyambut Deepavali.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Perayaan Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Deepavali pula adalah salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.Sebagai rumusan, kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai budaya dan seterusnya melahirkan suasana yang harmoni dan unik. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat mengikut agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan lagi kepelbagaian budaya di Malaysia. Melalui perayaan-perayaan seumpama ini kita boleh mengenali identiti dan budaya sesuatu kaum yang terdapat di negara kita.

Antropologi




Antropologi adalah salah satu cabang ilmu sosial yang mempelajari tentang budaya masyarakat suatu etnik tertentu. Antropologi lebih memusatkan pada penduduk yang merupakan masyarakat tunggal, tunggal dalam erti kesatuan masyarakat yang tinggal daerah yang sama, antropologi mirip seperti sosiologi tetapi pada sosiologi lebih menitik beratkan pada masyarakat dan kehidupan sosialnya.


Pengertian
Antropologi berasal dari kata Yunani άνθρωπος (baca: anthropos) yang berarti "
manusia" atau "orang", dan logos yang berarti ilmu. Antropologi mempelajari manusia sebagai makhluk biologi sekaligus makhluk sosial.
Antropologi memiliki dua sisi holistik dimana meneliti manusia pada tiap waktu dan tiap dimensi kemanusiannya. Arus utama inilah yang secara tradisional memisahkan antropologi dari disiplin ilmu kemanusiaan lainnya yang menekankan pada perbandingan/ perbezaan budaya antara manusia. Walaupun begitu sisi ini banyak diperdebatkan dan menjadi kontroversi sehingga metode antropologi sekarang seringkali dilakukan pada pemusatan penelitan pada pendudukyang merupakan masyarakat tunggal.


Para ahli mendefinisikan antropologi sebagai berikut:
William A. Haviland
Antropologi adalah kajian tentang umat manusia, berusaha menyusun generalisasi yang bermanfaat tentang manusia dan perilakunya serta untuk memperoleh pengertian yang lengkap tentang kepelbagaian manusia.


David Hunter
Antropologi adalah ilmu yang lahir dari keingintahuan yang tidak terbatas tentang umat manusia.


Antropologi adalah ilmu yang mempelajari umat manusia pada umumnya dengan mempelajari aneka warna, bentuk fizikalmasyarakat serta kebudayaan yang dihasilkan.
Dari definisi tersebut, dapat disusun pengertian sederhana antropologi, yaitu sebuah ilmu yang mempelajari manusia dari segi kepelbagaian fizikal serta
kebudayaan (cara-cara berprilaku, tradisi-tradisi, nilai-nilai) yang dihasilkan sehingga setiap manusia yang satu dengan yang lainnya berbeza-beza.

KESULTANAN MELAYU MELAKA


Perkembangan Melaka

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Kegemilangan Kesultanan Melaka

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kejayaan Melaka

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.


http://www.scribd.com/doc/7975799/SejarahForm-1


Perbezaan di antara geografi fizikal dan manusia.


Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.


Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:


1. Bumi sebagai satu sistem

2. Batuan

3. Laut dan lautan

4. Iklim

5. Luluhawa

6. Ekosistem

7. Tumbuhan dan haiwan liar.


Geografi manusia

Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

Geografi persekitaran manusia


Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.