Thursday, May 17, 2012

Wednesday, May 9, 2012

Dunia Pendidikan Sebenar

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki kurniaanNya aku dapat ditempatkan di salah sebuah sekolah Daerah Hilir Perak, Teluk Intan iaitu SK. Tapak Semenang. Sekolah ini terletak di perkampungan yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Sekolah ini juga diberi taraf Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu seramai 47 orang murid dan 12 orang guru termasuk aku serta Pentadbir. Pada mulanya agak terkejut melihat sekolah ini. Pertama kali aku melihat sekolah yang kecil jumlah muridnya. Setibanya di sekolah, aku berjumpa dengan Guru Besar iaitu En. Umar Bin Mimbar. Beliau seorang lemah lembut dari segi percakapannya. Latar belakang sekolah, guru-guru dan murid-murid diceritakan secara ringkas. Sedikit sebanyak aku sudah tahu dan mendapat gambaran walaupun tidak lagi jelas dengan sekolah yang akan aku tatapi sekarang berseorangan berbeza sewaktu praktikum yang aku lalui sebelum ini bersama kawan. Semuanya aku perlu hadapi sendirian. 

         Hari pertama aku di situ, kebetulan mesyuarat takwim kurikulum dan kokurikulum dijalankan. Sewaktu mesyuarat, aku kebingungan dengan agenda yang dibincangkan. Semuanya pengetahuan baru. Pengetahuan berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah sebenar. Sebelum ini, aku tidak pernah melibatkan diri dengan pengetahuan tersebut. Sewaktu praktikum, aku hanya didedahkan dengan pengajaran dan sukan. Sukan pun hanyalah sebagai jurulatih bukannya pengurus. Sangat berbeza dunia pendidikan sebenar. Aku masih lagi 'cool' dan  buat-buat faham sahaja :-).  Hari pertama sudah dilantik  jawatan jurulatih badminton. Mujurlah aku sudah mempunyai pengalaman dalam bab ini. 

       Aku meneruskan hari dengan mengajar, melatih sukan, menerima lantikan-lantikan jawatan baru seperti Guru Kelas, Ketua Panitia, SU Peperiksaan, Guru Disiplin, SU 1 Murid 1 Sukan, Jurulatih Takraw, Jurulatih Bola Baling, Jurulatih TKRS, Pengadil Badminton dan Pengurus/Jurulatih Pantun. Aku dengan ikhlasnya tidak menolak sebarang jawatan yang diberikan atas sebab semuanya sangat berguna pada masa akan datang. Aku belajar satu persatu. Waktu tidur petang tiada dalam hidup aku tidak seperti zaman belajar dahulu iaitu tidur petang sudah  menjadi perkara utama. Pada masa  yang sama, kerja-kerja pentadbiran dan pengajaran perlu dilakukan. Kitalah guru, kitalah ayah ibu, kitalah tukang kebun, kitalah tukang rumah, kitalah penceramah, kitalah doktor, kitalah kerani, kitalah polis peguam hakim dan sebagainya. Semua itu hanyalah semata-mata untuk mendidik murid menjadi insan yang berguna. Penat dan  stress aku hadapi dengan tabah. Apa yang penting selagi niat kita betul semua itu tidak akan jadi penghalang. Aku berasa sangat puas dan bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini. Permulaan sering kali akan membentuk kita yang sebenarnya. 

      Aku sangat menghormati guru-guru di sekolah ini. Aku puji semangat mereka dalam membentuk murid-murid menjadi insan yang berguna bukan sahaja akademik malah dari segi sahsiah serta sukan. Jika diikutkan sekolah yang bilangan murid-murid yang kecil agak sukar untuk membentuk pasukan sukan yang kuat. Tetapi, guru-guru tersebut tetap meneruskan perjuangan dalam pelbagai sukan kalah atau menang tidak menjadi isu yang utama apa yang sering kali dikatakan ialah ''kita perlu memberi ilmu dan pengalaman kepada murid-murid". Aku sangat setuju dengan penyataan itu. Jika dilihat kepada kekuatan murid-murid  sekolah aku banyak kekurangannya berbanding dengan sekolah-sekolah lain yang besar jumlah muridnya. Apa yang membanggakan pasukan sekolah aku dapat bersaing dengan pasukan sekolah-sekolah lain. Banyak pencapaian yang membanggakan seperti Juara Kelompok Permainan Bola Jaring, Naib Johan Kelompok Permainan Sepak Takraw, Johan Kelompok Nasyid/Tilawah Al-quran dan banyak lagi. Sekolah aku sangatlah aktif. Bilangan murid yang sedikit bukanlah alasan untuk mengelak dari menyertai apa-apa pertandingan. Peranan guru yang paling penting. Oleh itu, seorang guru perlulah mendidik dirinya supaya menjiwai sifat guru sebenar demi kepentingan anak-anak didiknya.

    Hampir 5 bulan aku menjadi guru. Banyak yang aku lalui. Banyak ilmu baru aku perolehi. Banyak juga pengalaman yang aku dapat. Moga aku akan terus menjadi guru yang menjiwai sifat guru dengan konsisten sehingga akhir hayat. " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Selamat Menyambut Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik.

Friday, April 8, 2011

Sekolah Kebangsaan Keruak

Praktikum fasa 3 di SKK, Hulu Besut, Terengganu.

Wednesday, October 13, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak

www.iluvislam.com
PenaHalaqah
Editor : doraemong13


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Saturday, May 29, 2010

Kajian Sosial





Sukaneka waktu foundation anjuran Oum Pismk




Pertandingan Nasyid foundation dulu2...sikit lagi nak menang....hehe


Lawatan ke Post Brooke Sekolah Rumah Asli....sadis melihat suasana kat sana.....harap kementerian lebih memberi tumpuan di sana.... begitu juga dengan warga guru atau bakal guru tanamkan semangat untuk membangunan taraf pendidikan luar bandar.


Lawatan ke Parlimen... merasa la jadi wakil rakyat sekejap..hehe







Sambutan Hari Raya taun bile ntah...xingat....





Picnic KS 2 di Lata Tembakah....2010.....








Bina Insan Guru 2009...lawatan sosial ke rumah kebajikan Pengkalan Chepa Kelantan





Pertandingan Futsal....menang dengan bergaya......haha










Gambar ni diambil sempena tayangan Hari KS 2010...








Grand Dinner KS 2010....







Sukaneka KS...team 12....kenangan terindah....



Tuesday, May 25, 2010

Lagu Kenangan

BumiPutra Rockers / BPR

Harum Subur Di Hati


Di lingkaran diamku termanggu
Terkenangkan kembali
Saat indah aku bersamamu
Dibelai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku
Kau datang dan memberi
Taburan bungan cinta sucimu
Harum subur dihati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Mengusir sepi, mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata dipipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Biarpun kita terpisah jiwa
Namamu tetap dikalbu

Kusemadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada Tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Mengadap Tuhan yang Maha Esa

Saturday, May 22, 2010

Posting Mane???

Walaupun aku masih ada 3 sem lagi nak tamatkan pengajian, aku sudah mula memikirkan di mana akan aku ditempatkan untuk mengajar nanti. Sebenarnya aku tidak kisah nak mengajar di tempat mana-mana, dihujung dunia sekalipun aku sanggup tetapi masalah yang bermain di kepala hotak aku hanyalah satu iaitu mak ayah aku. Nak mengharapkan abang-abang aku memang kurang menyakinkan sebabnya bro2 aku pun jauh-jauh belaka. 1st bro aku kerja kat KL, 2nd bro plak kerja kat Johor dan 3rd&4th bro aku dua-dua kerja di Sabah. Ayah n mak aku bukannya muda-mudi lagi. Sekarang ni tak ada masalah lagi kerana adik aku yang Form 4 masih tinggal menemani. Tamat saje pengajian aku serentak dengan adik aku. Sudah semestinya adik aku akan sambung belajar di mana-mana aku plak posting entah kemana tinggallah mereka berdua di rumah. Bila difikir-fikir balik sedih pun ada. Waktu dahulunya dalam rumah aku meriah dengan gelak tangis adik-beradik aku tapi suatu masa sapa2 pun tak ada mesti sunyi mak ayah aku. Tambah pulak dengan sakit demam anak-anak semuanya jauh-jauh belaka sape yg nak jaga. Banyak benda aku risau. Sekarang aku hanya bertawakal dan redho akan ketentuanNya. Moga-moga segala yang terjadi aku akan terima seadanya.